Lagi Varian Baru Dengan 46 Mutasi Dikesan Di Perancis

Saintis di Perancis telah mengesan satu lagi varian baru COVID-19 yang didakwa mempunyai 46 mutasi, dikenali sebagai IHU.

 

IHU atau B.1.640.2 sehingga kini dilaporkan menjangkiti kira-kira 12 orang di tenggara Perancis.

 

Kes pertama varian itu melibatkan seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke Cameroon, Afrika Barat.

lagi varian baru dengan 46 mutasi dikesan di perancis

Bagaimanapun, pakar mengumumkan IHU ini mungkin tidak menular seperti varian lain termasuk Omicron dan Delta.

 

Menurut kajian, individu yang dijangkiti varian IHU itu sudah menerima vaksinasi lengkap dan dia disahkan positif COVID-19 selepas tiga hari pulang dari Cameroon.

 

Meskipun begitu, pelbagai pihak kini sedang meneliti sama ada varian baharu itu boleh berjangkit dengan mudah atau berbahaya seperti varian-varian COVID-19 yang lain.

 

Sumber: [1]