Pencipta Vaksin COVID-19 Dakwa Vaksin Rawat Kanser Akan Tersedia Tahun 2030

Para saintis di sebalik suntikan Pfizer/BioNTech COVID-19 mendakwa vaksin merawat kanser boleh siap menjelang akhir dekad ini.

pencipta vaksin covid-19 dakwa vaksin rawat kanser akan tersedia tahun 2030

Menurut laporan, pengasas bersama syarikat BioNTech, yang bekerjasama dengan Pfizer untuk menghasilkan vaksin COVID-19, Uğur Şahin dan Özlem Türeci berkata, mereka berharap 'kejayaan' terbaru mereka untuk vaksin kanser melanoma, kanser usus dan jenis tumor lain.

 

Walaupun kedua-duanya pada mulanya teragak-agak untuk mengumumkan berita itu, Profesor Türeci berkata kejayaan mereka di sebalik penghasilan vaksin COVID-19 membawa kepada berpotensi mencari penawar kanser.

pencipta vaksin covid-19 dakwa vaksin rawat kanser akan tersedia tahun 2030

Beliau menjelaskan semasa temu bual dengan BBC; "Apa yang telah kami bangunkan selama beberapa dekad untuk pembangunan vaksin kanser telah menjadi pendorong untuk membangunkan vaksin COVID-19.

 

“Kami telah belajar bagaimana untuk menghasilkan vaksin yang lebih baik dan lebih pantas. Kami telah mempelajari dalam sebilangan besar orang bagaimana sistem imun bertindak balas terhadap mRNA."

 

Teknologi mRNA vaksin COVID-19 akan memainkan peranan penting kepada suntikan baharu kerana ia boleh digunakan semula untuk meningkatkan sistem imun badan sambil menyerang sel kanser.

pencipta vaksin covid-19 dakwa vaksin rawat kanser akan tersedia tahun 2030

Vaksin COVID mRNA mencipta semula antigen, yang memberitahu sistem badan apa yang perlu dicari dan apa yang perlu diserang untuk membantu melawan sebarang penyakit.

 

Beliau berkata pendekatan serupa akan digunakan untuk memusnahkan sel-sel kanser.

 

Ujarnya, anggaran menjelang 2030 diberikan untuk mereka siap menghasilkan vaksin melawan kanser, sebelum ia diedarkan ke serata dunia.

 

Beliau menambah bahawa penghasilan vaksin COVID-19 dengan pantas semasa wabak itu membantu mereka memikirkan cara untuk menghasilkan rawatan kanser ini dengan cepat.

 

Menurut BBC News, kedua-dua profesor itu kini sedang menjalankan beberapa ujian klinikal untuk melihat bagaimana pesakit bertindak balas terhadap serangan kanser.

 

Apabila ditanya sama ada terdapat kemungkinan vaksin itu gagal, Tureci berkata ia tidak mungkin terjadi.

 

"Semua yang kami pelajari tentang sistem imun dan tentang apa yang kami capai dengan vaksin kanser menunjukkan kami boleh mendorong dan memberi arahan kepada sel-T pembunuh untuk melawan kanser," katanya.

 

 

Sumber: Ladbible