Vaksin COVID-19 Pfizer Selamat Pada Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun

Hasil ujian klinikal terbaharu mendapati vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech adalah selamat dan berkesan kepada kanak-kanak seawal usia enam bulan hingga umur bawah lima tahun dengan pemberian tiga dos.

vaksin covid-19 pfizer selamat pada kanak-kanak bawah 5 tahun

Laporan itu dikeluarkan syarikat berkenaan dengan mendapati keberkesanan vaksin tiga dos adalah pada kadar 80.3 peratus.

.

Perkara itu didedahkan ketika Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) dijadual akan berbincang mengenai kelulusan vaksin kepada kumpulan umur kanak-kanak yang lebih muda.

.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla berkata formulasi kepada golongan kanak-kanak paling muda menunjukkan tindak balas imun yang lebih kuat. Justeru, mereka kini sedang dalam proses melengkapkan permohonan kepada pihak kawal selia global supaya vaksin ini dapat tersedia secepat mungkin.

.

Analisa klinikal juga mendapati kadar antibodi kanak-kanak yang menerima dos ketiga adalah sama seperti individu dewasa yang menerima dua dos vaksin.

.

Sumber: [1]