Vaksin Moderna Didakwa Berkesan Terhadap Bayi, Kanak-Kanak

Vaksin COVID-19 keluaran syarikat farmaseutikal, Moderna didakwa berkesan terhadap bayi dan kanak-kanak di bawah usia enam tahun.

vaksin moderna didakwa berkesan terhadap bayi, kanak-kanak

Perkara itu diumumkan syarikat berkenaan dengan memberi peluang kepada pemberian vaksin kepada kanak-kanak menjelang musim panas, khasnya di Amerika Syarikat.

..

Menurut Moderna, pihaknya akan meminta kebenaran pengawal selia Amerika Syarikat dan Eropah untuk dos dos kecil bagi kanak-kanak dibawah usia enam tahun. Malah, syarikat itu juga sedang berusaha mendapatkan suntikan dos yang lebih tinggi untuk kanak-kanak di Amerika Syarikat.

.

Sehingga kini, kanak-kanak dalam lingkungan usia itu adalah satu-satunya kumpulan umur yang masih belum layak divaksinasi.

.

Ramai ibu dan bapa khasnya di Amerika Syarikat meluahkan rasa kecewa kerana masih belum ada perlindungan untuk kanak-kanak yang lebih muda.

.

Dalam pada itu, Pfizer kini juga sedang menguji dos yang lebih kecil untuk kanak-kanak dibawah usia lima tahun, namun terpaksa menambah suntikan ketiga pada kajiannya kerana didapati dos dos tidak cukup berkesan.

.

Bagaimanapun menurut Moderna, hanya satu perempat daripada dos yang digunakan untuk golongan dewasa didapati berkesan untuk kanak-kanak bawah usia enam tahun. Data awal menerusi 6,900 sukarelawan kanak-kanak menggunakan 25 mikrogram vaksin Moderna menunjukkan paras antibodi meningkat bagi melawan virus COVID-19, sama kuatnya dengan golongan dewasa.

.

Tambah lagi, selepas suntikan dua dos Moderna, terdapat kesan sampingan seperti demam ringan yang sama terjadi seperti vaksin kanak-kanak lain yang biasa digunakan.

.

Sumber: [1]