Vaksin Berasaskan Tumbuhan Terbukti Berkesan Lawan COVID-19

Sebuah syarikat farmaseutikal di Kanada telah membuktikan vaksin berasaskan tumbuhan yang dihasilkan mereka mampu melawan penularan wabak COVID-19.

 

Vaksin CoVLOP keluaran bersama Medicago dan Global GSK dikatakan mempunyai keberkesanan sehingga 75 peratus dalam mengekang penularan varian Delta apabila dipertingkatkan dengan penggalak GlaxoSmithKline.

vaksin berasaskan tumbuhan terbukti berkesan lawan covid-19

Kajian keatas vaksin yang dihasilkan daripada sel tumbuhan dengan meniru struktur koronavirus, kini berada pada peringkat akhir kajian.

 

Meskipun ia didapati berkesan terhadap semua varian koronavirus, keberkesanan vaksin itu terhadap varian Omicron masih belum diketahui.

vaksin berasaskan tumbuhan terbukti berkesan lawan covid-19

Kajian klinikal vaksin berasaskan tumbuhan itu melibatkan lebih 24,000 peserta berumur 18 tahun dan keatas di Kanada, Amerika Syarikat, Britain, Mexico, Argentina dan Brazil.

 

Pengkaji juga bercadang untuk mendapatkan kelulusan untuk vaksin COVID-19 berasaskan tumbuhan ini daripada pihak berkuasa Kanada untuk kegunaan lebih meluas.

 

Sumber: [1]