Lebih 80 Peratus Rakyat Malaysia Divaksin, Usah Bimbang Peningkatan Kes COVID-19 – Dr Noor Hisham

Orang ramai tidak perlu bimbang dengan peningkatan kes COVID-19 ketika ini kerana Malaysia tekah mencapai imuniti kelompok apabila lebih 80 peratus rakyat negara ini mengambil vaksin COVID-19.

lebih 80 peratus rakyat malaysia divaksin, usah bimbang peningkatan kes covid-19 – dr noor hisham

Demikian menurut bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menasihatkan agar mereka yang dijangkiti untuk melakukan kuarantin kendiri di rumah selama lima hari dan tidak ke tempat awam.

 

“Virus COVID-19 kini berada di sekeliling kita. Jadi, perlu terima hakikat bahawa COVID-19 ada di sekeliling kita,” kata beliau.

 

Dalam pada itu, beliau mengakui mengendalikan kes COVID-19 selama lebih setahun adalah cabaran paling besar pernah beliau tempuh sepanjang 35 tahun berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan.

 

Sumber: Kosmo!