Universiti Al-Azhar Turut Jadi Sasaran Bom Rejim Zionis [Video]

Konflik yang melanda bumi Gaza kini masuk hari ke-29 dan rejim Zionis dilihat masih tidak berhenti menyerang Palestin, termasuklah universiti-universiti di negara itu.

 

Pada Sabtu, 4 November 2023, rejim Zionis dilapor sekali lagi mengebom kompleks Universiti Al-Azhar yang terletak di Semenanjung Gaza, selepas bertindak sedemikian kali pertama pada Rabu lalu.

universiti al-azhar turut jadi sasaran bom rejim zionis [video]

Insiden itu telah ditunjukkan laman Al-Jazeera yang jelas memaparkan rakaman Israel menyasarkan kompleks Universiti Al-Azhar oleh rejim Zionis.

 

 

Serangan udara yang meluas ke atas penduduk Gaza berlaku selepas pasukan pejuang Palestin melakukan serangan keatas tentera rejim Israel pada 7 Oktober, sebagai tindak balas terhadap penindasan rejim keatas rakyat Palestin selama 75 tahun.

 

Menurut laporan, angka kematian di Gaza juga telah meningkat kepada lebih 10,000 orang, dengan 4,000 daripadanya adalah golongan kanak-kanak.

 

Sumber: Iran Press