Ungkap Perjalanan Baru, Afgan Bakal Berkahwin?

Penyanyi ternama Indonesia, Afgan dispekulasi akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.

ungkap perjalanan baru, afgan bakal berkahwin?

Dakwaan tersebut timbul selepas pelantun lagu “Panah Asmara” itu memuat naik foto dirinya berpakaian sut serba kemas sambil mengungkap bahawa dia bakal menyambut perjalanan baru yang bakal dilaluinya.

“Menyambut perjalanan baru ini,” tulis Afgan.

Afgan bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan perjalanan baru itu.

Namun, beberapa komen daripada rakan-rakan selebritinya seperti Sivia Blink, Gamaliel Tapiheru dan ramai lagi, yang menyatakan ucapan tahniah serta keterujaan mereka, sepertinya menguatkan lagi spekulasi bahawa penyanyi berusia 33 tahun itu bakal berkahwin.

Terdahulu, Afgan dilaporkan media tempatan bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama model jelita, Malika Bestari.

Bagaimanapun, masih belum ada sebarang penjelasan berhubung hubungannya dengan wanita itu.


Sumber: [1]