Undang-Undang Baru Kurangkan Kerja Sekolah Pelajar Diluluskan Di China

China telah meluluskan undang-undang pendidikan baharu yang menyaksikan pelajar mereka tidak lagi perlu terbeban dengan kerja sekolah yang banyak atau menghadiri kelas tambahan yang memenatkan.

undang-undang baru kurangkan kerja sekolah pelajar diluluskan di china

Undang-undang baharu itu menjadikan kerajaan tempatan bertanggungjawab memastikan tekanan kerja sekolah dan kelas tambahan dikurangkan.

 

Melalui undang-undang itu juga, ibu dan bapa diminta untuk menyusun semula jadual anak-anak bagi membolehkan mereka mempunyai masa rehat yang mencukupi.

 

Sebelum ini, China telah menyekat masa bermain permainan video dalam talian bagi golongan bawah 18 tahun dan juga penggunaan internet bagi tujuan menjaga golongan muda di negara itu.

undang-undang baru kurangkan kerja sekolah pelajar diluluskan di china

Golongan muda bawah 18 tahun hanya dibenarkan bermain permainan video dalam talian selama sejam iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad,

 

Tambah lagi, mereka juga sedang merancang untuk melaksanakan undang-undang yang boleh menghukum ibu bapa sekiranya anak mereka terlibat dalam kegiatan jenayah atau menunjukkan perangai buruk yang tidak boleh dikawal.

 

Kementerian Pendidikan China juga menetapkan undang-undang melarang kelas tambahan pada hujung minggu dan musim cuti kerana bimbang dengan beban akademik melampau di negara terbabit.

 

Sumber: [1]