Baru-baru ni viral video pasal seorang budak umur 10 tahun dilapor memandu kereta. Katanya berlaku kat Pontian, Johor. Lebih haru katanya penumpang kereta tu pulak adik-adiknya yang berusia berusia 6 dan 3 tahun. Makin bertambah haru tukang rakamnya pulak dilaporkan adalah kakaknya yang berumur 11 tahun dan katanya dimuat naik kat dalam akaun TikTok milik mak diaorang lalu viral. Aduh pening dan risau memikirkan kesan akibatnya. Bayangkanlah kalau berlaku kejadian yang tak diingini yang kita semua tak mahu terjadi kat family kita. Bukan sikit akibat yang ditanggung banyak pihak. Oh ya lepas dah viral tu, diberitakan mak ayah adik-beradik ni dah muncul serah diri kat balai polis. Semoga ada penyelesaian terbaik.
*tangkap layar video vital memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang memandu kereta bersama 2 penumpang yang juga bawah umur
Sebenarnya kan, bukan keluarga kanak-kanak tu je, kita semua pun patut ambil iktibar daripada kes dan kejadian ni. Kalau remaja dan kanak-kanak bawah umur drive kereta tu mungkin agak jarang tapi kalau motosikal ni, ada segelintir mak ayah selamba je bagi kanak-kanak tunggang. Ada jugak kekadang tu mak ayah dah larang tapi anak yang nakal akan curi-curi bawak.
Teringat pulak kes kat Kedah baru-baru ini. Remaja lelaki 16 tahun senyap-senyap drive MPV ayahnya yang menghadiri kenduri. Dipendekkan kisah dia terlibat nahas. Dia dilapor rempuh 2 pemotong rumput yang sedang rehat kat tepi jalan mengakibatkan seorang maut dan seorang cedera. Ini bukanlah cerita yang nak kita bawa untuk masa depan anak-anak kita.
*nahas di Sungai Petani, Kedah melibatkan MPV yang dipandu remeja berusia 16 tahun
Mak ayah dan ahli keluarga yang dewasa sekalian, jangan lupa kita bertanggungjawab terhadap anak-anak di bawah jagaan kita. Kita boleh disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan dan Akta Kanak-kanak jika benarkan remaja dan kanak-kanak bawah umur pemandu kenderaan. Pemilik kenderaan yang terlibat jugak boleh disaman.
Dalam banyak-banyak pilihan, disamping sporting jangan lupa untuk tegas dengan anak-anak soal keselamatan diri mereka dan orang lain. Itu pun tanda kasih sayang.
Oleh: KJ
*Sumber, rujukan & foto: Berita Harian, Harian Metro, The Rakyat Pos, AWANI, Sinar Harian, Facebook & Internet