Mesyuarat Di Gelugor, Penang Digemparkan Dengan Kehadiran Tetamu Tak Diundang [Video]

Sebuah mesyuarat di Gelugor, Pulau Pinang mendapat kunjungan mengejut apabila seekor ular sawa batik yang tidak diundang muncul di bawah alas meja.

mesyuarat di gelugor, penang digemparkan dengan kehadiran tetamu tak diundang!

Kejadian ini berlaku di tempat kerja Muhammad Nakiee Alias pada pagi 23 Ogos lalu apabila rakan sekerjanya masuk ke bilik mesyuarat untuk membuka lampu dan penghawa dingin, dan ketika itulah dia melihat sesuatu yang aneh berada di atas meja makan.

 

Dia menghampiri untuk melihat lebih dekat dan sedar bahawa itu adalah seekor ular sawa batik.

 

Dalam keadaan terkejut dan panik, rakannya berlari keluar untuk memberitahu semua orang akan kehadiran reptilia berkenaan.

 

Nakiee dan beberapa orang lain masuk ke bilik mesyuarat di tingkat bawah bangunan pejabat mereka dan merakamkan kehadiran tetamu tidak diundang yang sedang berada di atas meja dalam bilik mesyuarat itu.

mesyuarat di gelugor, penang digemparkan dengan kehadiran tetamu tak diundang!

Tanpa berlegah, mereka turut menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan, sebelum bantuan tiba dalam masa 15 minit untuk menangkap dan mengeluarkan ular tersebut.

 

Walaupun ini adalah kali pertama ular sawa melawat pejabat mereka, Nakiee menyebut bahawa mereka pernah melihat kelibat ular sawa di kawasan pejabat dan longkang mereka sebelum ini. Mereka fikir ular itu mungkin masuk melalui celah di sekitar tingkap bilik mesyuarat.

 

Insiden ular sawa masuk bilik mesyuarat ini nyata telah mencetuskan kekecohan, terutamanya apabila video tentangnya menjadi viral di media sosial. Walaupun terkejut, Nakiee dan rakan sekerja lainnya kekal tenang, malah mendapati situasi itu sebagai pengalaman tidak dapat dilupakan.

 

Sumber: The Star