Macam Hisap Lolipop, Kit Ujian COVID-19 Ini Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Kit ujian COVID-19 digunakan bagi mengenal pasti jangkitan dan tanda awal COVID-19. Namun, bukan semua jenis kit ujian COVID-19 yang ada dipasaran sesuai untuk kegunaan kanak-kanak.

 

Bagi tujuan itu, satu kit ujian COVID-19 yang telah diluluskan ini amat sesuai untuk golongan kanak-kanak kerana ia hanya menggunakan kaedah tiupan atau bersiul ketika ujian dijalankan.

macam hisap lolipop, kit ujian covid-19 ini sesuai untuk kanak-kanak

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan atau MDA, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan penggunaan kit ujian ini yang mana rekaannya seakan-akan lolipop, yang hanya perlu dimasukkan ke dalam mulut dan ditiup.

macam hisap lolipop, kit ujian covid-19 ini sesuai untuk kanak-kanak

Kit ujian ini juga mempunyai sensitiviti sebanyak 93.91% dan ketepatan setinggi 99.15%, maka keberkesanannya adalah setanding dengan kit ujian COVID-19 jenis lain.

 

Ketika hendak melakukan ujian, elakkan daripada makan, minum, memberus gigi sekurangnya 30 minit sebelum ujian dibuat. Sampel air liur terbaik adalah pada waktu pagi sebelum anda mencuci mulut atau sebelum makan dan minum.

 

Selain kanak-kanak, kit ujian COVID-19 ini juga sangat sesuai untuk warga emas di rumah.

Sumber: [1]