Ubat-Ubatan Ini Mungkin 100% Tidak Berkesan Jika Anda Obesiti

Obesiti adalah keadaan perubatan di mana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Individu itu biasanya dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI), lebih daripada 25.

ubat-ubatan ini mungkin 100% tidak berkesan jika anda obesiti

Di Malaysia, terdapat sekitar 50.1 individu mengalami masalah berat badan pada tahun 2019, merangkumi 30.4% individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan serta 19.7% individu yang mengalami obesiti.

 

Kita juga sedia maklum terdapat banyak kesan akibat obesiti yang boleh menjejaskan kecantikan dan juga kesihatan diri.

ubat-ubatan ini mungkin 100% tidak berkesan jika anda obesiti

Bukan itu sahaja, banyak kajian yang menyatakan obesiti boleh memberi kesan terhadap pengambilan ubat-ubatan yang diambil. Menurut Dr David Bearden dari College of Pharmacy di Oregon State University, ubatan tidak berkesan buat individu obesiti kerana jisim tubuh badan berlebihan mereka yang tidak dapat dirangkumi 100% oleh ubatan tersebut.

 

Masalah ini juga terjadi akibat daripada proses  mengurai atau melerai ubatan yang cepat pada mereka yang mengalami obesiti, lalu menyebabkan ubat-ubatan yang diambil itu cepat disingkirkan dari tubuh badan mereka.

ubat-ubatan ini mungkin 100% tidak berkesan jika anda obesiti

Berikut adalah antara jenis ubat-ubatan yang mungkin tidak berkesan 100% pada individu obes:

  1.  Antibiotik
  2.  Pil perancang kehamilan
  3.  Pil kecemasan (morning after pill)
  4.  Pil kesuburan

 

Bukan itu sahaja, ada juga ubat-ubatan yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah obesiti. Maka, amat penting bagi anda, tanpa mengira sama ada anda penghidap obesiti mahupun sebaliknya untuk mempunyai preskripsi ubatan, dan rujuklah kepada yang pakar mengenainya.

 

Sumber: Hello Doktor