Pernahkah anda menggunakan ubat gegat dalam rumah seperti dalam almari baju anda untuk menghalau lipas?
Sebenarnya, penggunaan ubat gegat langsung tidak memberi kesan kepada lipas kerana ubat gegat adalah racun untuk serangga bernama Gegat.
Apa itu Gegat?
Gegat atau nama lainnya adalah ulat buku atau Silverfish, bukanlah juga anak lipan. Ia adalah serangga perosak dalam kategori Crawling Insect Pest. Meskipun Gegat tidak berbisa, namun ia boleh merosakkan banyak benda dalam rumah kita.
Gegat suka duduk pada tempat yang lembap dan sejuk. Ia biasanya gemar untuk memakan bahan seperti fabrik, kayu, buku, wallpaper dinding, sisa makanan dan bermacam lagi.
Disebabkan ia gemar untuk memakan kertas dan buku lama, maka ia juga disebut sebagai ulat buku, yang juga peribahasa merujuk kepada orang yang gemar membaca buku.
Ubat gegat hapuskan ulat gegat.
Ubat gegat mempunyai sejenis bahan yang disebut sebagai Dklorobenzina atau Naftalena (Naphtalene). Dua jenis bahan ini mempunyau bau yang dihasil dari gas meruap ubat gegat. Gas meruap ini akan memenuhi segenap ruang pada tempat kita letakkan ubat gegat.
Gegat/silverfish/ulat buku ini akan terkesan dengan bau daripada ubat gegat, meskipun ia berada pada tempat tersorok dan tersembunyi.
Selain gegat, serangga lain yang berkesan dengan ubat gegat ini adalah Moth dan Kamitetep.
Perlu diingatkan, penggunaan ubat gegat sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan kita, terutamanya mereka yang ada masalah penyakit G6PD. Ia adalah penyakit masalah genetik yang biasanya terjadi kepada lelaki.
Gas dari ubat gegat tidak memberi kesan kepada kebanyakkan lipas kerana lipas adalah serangga yang mudah untuk kebal dengan racun. Disebabkan itu jugalah, ada lipas yang masih boleh hidup walaupun anda semburkan racun serangga perosak kepada lipas.
Sumber: ODISI