Kecerdasan Buatan (AI) merujuk kepada bidang ilmu komputer yang berfokus pada pembangunan sistem yang mampu meniru kemampuan intelektual manusia.
Dalam era teknologi yang terus berkembang, AI memainkan peranan penting dalam menghasilkan aplikasi dan mesin yang mampu belajar, berfikir, dan membuat keputusan seperti manusia.
Selain itu, AI juga mampu menghasilkan ubat-ubatan, yang kini dihasilkan oleh sebuah syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Hong Kong.
Ubat INS018_055, perencat molekul kecil antifibrosis, menerusi syarikat Insilico Medicine, mula diberikan kepada pesakit pertamanya baru-baru ini.
Ubat tersebut mula ditemukan dan direka bentuk dengan AI generatif, sebelum melalui dua fasa ujian, untuk diberikan kepada pesakit.
"Dengan potensi yang ditunjukkan terhadap kedua-dua fibrosis dan keradangan, INS018_055 boleh menawarkan pilihan lain untuk pesakit di seluruh dunia," demikian menurut CEO syarikat Insilico Medicine, Feng Ren dalam satu kenyataan.
Ubat yang dihasilkan akan diguna untuk menghalang pembentukan jumlah tisu berserabut yang tidak normal yang mungkin tumbuh di dalam organ.
Jika lulus ujian keatas pesakit untuk tempoh 12 minggu, syarikat berhasrat untuk mendaftar 60 lagi subjek dengan fibrosis pulmonari idiopatik bagi menguji ubatan di 40 lokasi di Amerika Syarikat dan China.
Sumber: BERNAMA