Twitter Saman Elon Musk Akibat Tarik Diri Dari Pembelian

Gara-gara melanggar perjanjian AS$44 billion untuk membeli platform media sosial Twitter, syarikat tersebut telah menyaman Elon Musk.

twitter saman elon musk akibat tarik diri dari pembelian

Twitter Inc malahan, telah meminta mahkamah Delaware untuk mengarahkan individu terkaya dunia itu untuk menyelesaikan penggabungan pada AS$54.20 setiap saham Twitter yang dipersetujui, menurut pemfailan mahkamah.

“Musk nampaknya percaya bahawa dia, tidak seperti setiap pihak yang tertakluk kepada undang-undang kontrak Delaware, bebas mengubah fikirannya, menyampahkan syarikat, menggangu operasinya, memusnahkan nilai pemegang saham, dan pergi,” kata tuntutan mahkamah pada Selasa.

Jumaat lalu, Musk berkata beliau telah menamatkan perjanjian itu kerana Twitter melanggar perjanjian itu dengan gagal membalas permintaan maklumat mengenai akaun palsu atau spam di platform, yang merupakan asas kepada prestasi perniagaannya.

Beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang penjelasan lanjut berkenaan perkara itu.

Memetik laporan Al Jazeera, saham dalam platform media sosial itu dilaporkan jatuh kepada AS$34.06 pada Selasa dari AS$50 ketika perjanjian melibatkan dua pihak itu pertama kali diterima lembaga Twitter sekitar lewat April.

Terdahulu, pengerusi Twitter, Brett Taylor pernah menyatakan bahawa lembaga pengarah syarikat itu komited untuk menutup transaksi pada harga dan syarat yang dipersetujui dengan Musk serta merancang untuk meneruskan tindakan undang-undang bagi menguatkuasakan perjanjian penggabungan.

 

Sumber: [1]