Algoritma Baru Twitter Didakwa Mampu Kesan Kemurungan Pengguna

Twitter ialah perkhidmatan rangkaian sosial yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca mesej yang dipanggil tweet, yang dipaparkan dalam halaman profil penulis kepada para pengikut masing-masing. Ia menjadi tempat dimana berita disebarkan malah ramai juga yang meluahkan segala perasaan menerusi tweet.

algoritma baru twitter didakwa mampu kesan kemurungan pengguna

Terbaharu, satu siri algoritma baharu dikatakan mampu mengesan kemurungan yang dialami pengguna laman Twitter dengan ketepatan hingga 90 peratus.

.

Perkara itu didedahkan sepasukan penyelidik dari Universiti Brunei dan Universiti Leicester yang menganalisa 38 titik data khas daripada beribu profil Twitter yang berbeza.

.

Ia termasuklah jenis kandungan tertentu berkaitan apabila sesuatu tweet dihantar dan kepada siapa ia ditujukan.

.

Tambah mereka lagi, algoritma itu dilatih dengan menggunakan dua pangkalan data yang tersedia secara umum yang mengandungi sejarah akaun Twitter beribu-ribu pengguna bersama dengan maklumat kesihatan mental mereka. Satu daripadanya telah disusun oleh Universiti Johns Hopkins yang terkenal di Amerika Syarikat pada 2015.

.

“Kami menguji algoritma pada dua pangkalan data yang besar dan menanda aras keputusan kami terhadap teknik pengesanan kemurungan yang lain.

“Dalam setiap kes, kami telah berjaya mengatasi teknik sedia ada dalam ketepatan pengelasan,’’ kata Pengarah Institut Niaga Hadapan Digital Brunel, Profesor Abdul Sadka.

Dakwa pasukan penyelidik itu lagi, sistem ini mampu mendedahkan kemurungan pengguna sebelum mereka menyiarkan sesuatu kepada domain awam. Maka dengan ini, perkhidmatan seperti Twitter dan Facebook boleh mengambil pendekatan seterusnya dalam isu kesihatan mental pengguna masing-masing.

.

Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal IEEE Transactions on Affective Computing.

.

Sumber: [1]