Satu Lagi Gempa Bumi Kuat Melanda Sempadan Turkiye-Syria, Ratusan Cedera!

Satu lagi kejadian gempa bumi kuat telah melanda wilayah sempadan Turkiye dan Syria awal pagi tadi, 21 Feb 2023.

satu lagi gempa bumi kuat melanda sempadan turkiye-syria, ratusan cedera!

Kejadian dilapor berlaku pada jam 1.04 pagi (waktu Malaysia) dengan magnitud 6.3 pada jarak 114km tenggara dari Adana, Turkiye, telah meragut sekurangnya tiga nyawa dan ratusan lagi cedera. Gegaran turut dirasai di Syria, Mesir dan juga Lubnan.

 

Menurut Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan daripada kejadian gempa bumi ini.

satu lagi gempa bumi kuat melanda sempadan turkiye-syria, ratusan cedera!

Terdapat juga satu lagi gegaran susulan termasuk satu gempa bumi berukuran 5.8 magnitud dilaporkan, yang mana menyebabkan banyak kawasan musnah teruk.

satu lagi gempa bumi kuat melanda sempadan turkiye-syria, ratusan cedera!

Gempa bumi kuat ini berlaku hanya dua minggu selepas kawasan itu berhadapan kemusnahan akibat kejadian gempa yang lebih kuat, yang mana mengorbankan lebih 47,000 orang dan merosakkan ratusan ribu kediaman.

 

Sumber: MET Malaysia / BH