Turkiye Diuji Lagi, Sekurangnya 13 Terkorban Akibat Banjir Besar

Bencana banjir yang terjadi akibat hujan lebat pada Rabu melanda dua wilayah Turkiye mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang, dengan dua mangsa tidak dijumpai dan beribu-ribu lagi hilang tempat tinggal.

turkiye diuji lagi, sekurangnya 13 terkorban akibat banjir besar

Kira-kira sebulan lalu, dua wilayah ini juga berdepan dengan insiden bencana gempa bumi dan kini mereka diuji dengan bencana banjir pula.

 

Menurut laporan, dua orang maut di bandar Tut yang terletak di tenggara wilayah Adıyaman, di mana air bergelombang menghanyutkan sebuah rumah kontena yang melindungi keluarga mangsa gempa bumi, lapor televisyen HaberTurk.

Gabenor wilayah berdekatan Sanliurfa, Salih Ayhan, memberitahu televisyen HaberTurk bahawa empat orang terbunuh akibat banjir di wilayahnya. Kemudian, penyelamat menemui mayat lima warga Syria di dalam apartmen bawah tanah yang ditenggelami air di Sanliurfa, serta dua mayat lagi di dalam sebuah van yang terperangkap di laluan bawah tanah.

 

Rakaman televisyen dari Sanliurfa menunjukkan air banjir melanda sepanjang jalan dan menghanyutkan kereta, serta seorang lelaki telah diselamatkan dari laluan bawah tanah.

Agensi pengurusan bencana Turki berkata, beberapa orang penyelam profesional telah terlibat dalam usaha menyelamat di setiap dua wilayah.

turkiye diuji lagi, sekurangnya 13 terkorban akibat banjir besar

Terdahulu, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda sebahagian Turki dan Syria pada 6 Februari, mengorbankan lebih 52,000 orang yang majoriti besar adalah warga Turkiye. Bencana itu telah mengakibatkan lebih 200,000 bangunan di Turkiye runtuh dan rosak teruk.

 

Sumber: ABC news