Wasiat Dari Kanak-Kanak Gaza Umur 11 Tahun Tular, “Tolong Jual Rantai Saya Guna Untuk..”

Episod kekejaman di bumi Gaza kini berterusan selepas memasuki hari ke-32 sejak konflik mulai tercetus pada 7 Oktober lalu.

 

Dunia seakan tidak mampu menghalang tindakan kejam dan zalim rejim Zionis keatas bumi Palestin, hingga kini mengorbankan lebih 10,000 nyawa orang tidak bersalah, dan lebih 4,000 daripadanya adalah golongan kanak-kanak.

wasiat dari kanak-kanak gaza umur 11 tahun tular, “tolong jual rantai saya guna untuk..”

Terbaru, tular sepucuk surat berupa wasiat yang ditulis seorang kanak-kanak Gaza, Amira Sheldan berusia 11 tahun.

 

Surat yang ditulis pada sekeping kertas oleh kanak-kanak ini meminta sekiranya dia mati syahid, rantai dan subang miliknya boleh dijual untuk disedekahkan kepada anak yatim serta kanak-kanak yang memerlukan.

 

“Nama saya Amira Sheldan, Berusia 11 Tahun dan saya berharap akan mati syahid. Jika saya syahid.

“Tolong jual rantai leher saya dan subang saya kemudian gunakan duit itu untuk sedekah kepada anak yatim dan kanak kanak yang memerlukan.

“Tolong ambil segala pakaian yang saya ada dan berikan kepada mereka. Kemudian, bina perigi air untuk mereka yang dahagakan air.

“Tolong doakan kebaikan dan rahmat kepada saya. Jika Karim syahid, saya nak dia ada di samping saya kerana saya sayangkan dia sangat sangat.

YANG IKHLAS

AMIRA TALIB SHELDAN,”

wasiat dari kanak-kanak gaza umur 11 tahun tular, “tolong jual rantai saya guna untuk..”

Foto itu kemudian tular di media sosial dan meruntun hati ramai pengguna Internet.

 

Sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan keadaan semasa adik Amira Sheldan ini dan sama-sama kita doakan agar peperangan di bumi Gaza ini berakhir dengan segera.

 

Sumber: Twitter @Marchfoward