Lebih 25 Tahun Kerja Angkat Pelancong, Tulang Belakang Gajah Ini Bengkok Selamanya

Sejak sekian lama manusia menggunakan haiwan seperti gajah untuk memudahkan aktiviti harian. Kini haiwan turut digunakan sebagai tarikan pelancong.

lebih 25 tahun kerja angkat pelancong, tulang belakang gajah ini bengkok selamanya

Jika anda pernah ke beberapa kawasan pelancongan di Thailand, pasti anda pernah terlihat kelibat gajah digunakan dalam industri pelancongan disana, membawa lima ke enam orang pelancong dalam bekas besi berat pada bahagian belakang mereka.

 

Malah, gajah-gajah ini turut dirantai pada kaki, dan disiksa dengan objek tajam supaya mereka mendengar kata si pemandu gajah. Segelintir pelancong mungkin seronok apabila melihat sang gajah mendengar kata dan membawa mereka bersiar-siar pada bahagian belakang gajah.

 

Tindakan itu akibatnya menyebabkan gajah-gajah ini tersiksa, sehingga ada gajah yang kini mengalami cacat kekal selepas tulang belakang mereka menjadi bengkok.

lebih 25 tahun kerja angkat pelancong, tulang belakang gajah ini bengkok selamanya

Gajah bernama Pai Lin sudah mengangkut pelancong pada bahagian belakangnya selama 25 tahun, mengakibatkan tulang belakangnya kini menekuk dan tenggelam akibat beban kerja berulang. Terdapat juga kesan parut akibat daripada titik tekanan yang sama.

lebih 25 tahun kerja angkat pelancong, tulang belakang gajah ini bengkok selamanya

Foto Pai Lin yang dikongsikan Yayasan Rakan Hidupan Liar Thailand (WFFT) ini telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata warganet mengecam tindakan mengeksploitasi haiwan bagi tujuan pelancongan.

 

Mujur Pai Lin kini yang disifatkan sebagai ‘moyang’ berusia sekitar 71 tahun telah ditempatkan di pusat menyelamat hidupan liar terbesar Thailand.

 

Sumber: Kosmo! / WFFT