Lebih Tujuh Juta Tua Tanpa Wang Pencen, Majoritinya Freelance, Bekerja Sendiri

KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ialah satu skim simpanan untuk pekerja di Malaysia. Skim ini dibentuk oleh kerajaan Malaysia untuk membantu pekerja menyimpan wang untuk masa depan mereka, terutamanya untuk keperluan persaraan.

lebih tujuh juta tua tanpa wang pencen, majoritinya freelance, bekerja sendiri

Namun tahukah anda, satu pemerhatian terbaharu mendapati lebih tujuh juta atau kira-kira 44 peratus daripada 16.7 juta tenaga buruh di negara ini tidak mempunyai caruman KWSP mahupun Skim Pencen Perkhidmatan Awam?

 

Jumlah itu didedahkan Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang mendakwa majoritinya adalah pekerja tidak formal termasuklah freelance dan golongan bekerja sendiri.

lebih tujuh juta tua tanpa wang pencen, majoritinya freelance, bekerja sendiri

Ujarnya lagi, hanya 56 peratus mendapat perlindungan tersebut dan kadar itu nyata lebih rendah berbanding purata liputan global yang berada pada 68 peratus.

 

Meskipun dunia kini berdepan dengan cabaran ekonomi yang tidak menentu, dana hari tua juga penting untuk meneruskan kehidupan pada usia tersebut yang mana ketika itu tidak semua orang mampu lagi untuk bekerja.

 

Dalam pada itu, KWSP juga menggalakkan mereka yang bekerja sendiri termasuk peniaga, freelance dan sektor gig untuk membuat caruman KWSP secara rela meskipun pada jumlah yang kecil.

 

Sumber: Sinar Harian / KWSP Carum Sendiri