Hai hijabista semua!
Nak tanya ni, tudung paling mahal korang pernah beli berapa ringgit?
Kalau sis, lebih daripada RM100 tu dah kira tudung kayangan dah hehe.
Tapi, ni nak bagitahu, tudung paling mahal di dunia dihasilkan oleh jenama hijab popular Malaysia tau!

Bangga sis!
Iyee, harga tudung tu bernilai RM100,000 bersamaan dengan harga sebuah kereta import.
Kalau nak tau, tudung yang ditaburi kira-kira 7,500 kristal Swarovski tu ambil masa selama 13 hari untuk disiapkan oleh 12 tenaga pekerja di Austria.


Ada yang teringin nak beli ke tuu hehe.

Maaf lah ye, sebab tudung tu tidak akan dijual kepada mana-mana pihak dan akan dijadikan pameran di butik barunya yang dijangka dilancarkan bulan depan.
Kredit foto: IG Bawal Exclusive
Olrh: Izzati Amir