“Bangga Kalau Kasut Harga Beribu Letak di Kaki, Tapi Kenapa Tudung Mahal Dikata Riyak?”

Sebelum ini, jutawan tudung dan juga pemilik syarikat Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, pernah menarik perhatian ramai apabila tampil dengan rekaan tudung termahal di dunia dengan harga RM150,000 untuk sehelai tudung.

 

Nilai itu telah memadam rekod sendiri pada tahun 2020 menerusi tudung berharga RM100,000.

“bangga kalau kasut harga beribu letak di kaki, tapi kenapa tudung mahal dikata riyak?”

Menariknya, ada individu yang membeli tudung dengan harga RM150,000 ini, namun beliau enggan mendedahkan identiti individu tersebut atas faktor keselamatan.

 

Menurut beliau, ada sebab tersendiri mengapa beliau memperkenalkan tudung dengan nilai berkenaan.

 

"Bawal Exclusive masih pegang rekod tudung termahal di dunia pada tahun 2020. Apabila semakin hari semakin kreatif buat rekaan terkini, hari ini terhasilah tudung berharga RM150,000. Ia hanya sehelai sahaja. Untuk pengetahuan apabila tudung eksklusif ini, pembelinya minta dirahsiakan.

"Di Malaysia ini biasalah, kalau pakai tudung mahal sikit cakap riyaklah, nak menujuklah. Sedangkan kalau kasut harga belasan ribu letak di kaki, rakyat Malaysia sangatlah bangga. Kalau beg harga puluhan ribu, kenapa tidak tudung?

"Tapi, rakyat Malaysia tak boleh nak terima lagi bahawasanya harga tudung belasan atau ratusan ribu," kata beliau.

 

Terdahulu, rekaan tudung dengan nama The Sparkle of Dream, menjadi tudung paling mahal di dunia berharga RM100,000, dihiasi dengan 7,513 baru kristal Swarovski pelbagai saiz. Rekod itu bagaimanapun dipadam oleh satu lagi rekaan tudung bernilai RM150,000.

 

 

Sumber: Astro Gempak