Filem Black Widow terbitan Marvel Studios yang sepatutnya ditayangkan pada 7 Mei depan, kini terpaksa ditangguhkan lagi tayangannya kepada 9 Julai.
Selepas tampil dengan poster rasmi yang masih memaparkan Scarlett Johansson sebagai Natasha Romanoff, Marvel Studios telah berkongsi teaser baharu khas buat semua peminat mereka.
Dalam filem Black Widow ini, Natasha Romanoff berhadapan dengan sisi gelap kehidupannya yang lampau. Natasha mesti menangani sejarahnya sebagai perisik dan hubungan yang terputus sebelum beliau menjadi ahli Avenger.
Sarat dengan aksi tema spy thriller, filem Black Widow ini seimbang dengan drama kisah Natasha yang diburu oleh musuh yang mahu menjatuhkannya.
"We have unfinished business." Antara yang disebut oleh Black Widow sebagai tanda menunjukkan dendam yang ingin dibalas olehnya dalam filem berkenaan.
Selain Scarlett, Florence Pugh sebagai Yelena, David Harbour sebagai Alexie/The Red Guardian dan Rachel Weisz sebagai Melina melengkapkan lagi filem Black Widow yang bakal ditayangkan pada 9 Julai depan.
Sumber: Youtube