Bakal Terbang Ke Bulan, T.O.P Bigbang Tak Rasa Takut Langsung

Anggota kumpulan BIGBANG, T.O.P bakal mencipta sejarah apabila menjadi artis dan orang awam pertama dari Korea Selatan yang akan ke angkasa lepas dan mengelilingi bulan dengan lebih dekat.

bakal terbang ke bulan, t.o.p bigbang tak rasa takut langsung

Menurut laporan, beliau terpilih menyertai projek dearMoon Crew yang diusahakan oleh seorang usahawan Jepun, Yusaku Maezawa bersama tujuh lagi individu lain.

 

Menurut T.O.P, beliau amat berbesar hati terpilih menyertai projek berkenaan dan berharap menjadi inspirasi kepada orang ramai.

 

"Saya sangat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada projek dearMoon Crew. Saya sentiasa berfantasi mengenai angkasa lepas dan bulan sejak kecil.

"Apabila diberitahu dapat terpilih sebagai krunya, saya sangat gembira. Sebagai artis dan rakyat Korea Selatan, saya sangat bangga dan pegang tanggungjawab besar untuk pergi ke bulan," katanya.

 

Ujarnya lagi, beliau tidak berasa takut langsung untuk ke bulan bagi merasai pengalaman serba baharu ini.

Malah, ia menjadi satu penghormatan buat dirinya dan mahu menjadi inspirasi ramai supaya berfikir segalanya adalah tidak mustahil untuk dikecapi.

 

Projek yang diusahakan oleh SpaceX ini bakal dilaksanakan tahun hadapan dengan menyasarkan membawa orang awam ke angkasa lepas serta bulan. Dijangkakan kunjungan itu akan mengambil masa selama seminggu untuk mengelilingi orbit bulan dalam kapal angkasa yang dihasilkan SpaceX.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TOP (@choi_seung_hyun_tttop)

 

Selain T.O.P, individu ternama dalam pelbagai bidang lain adalah seperti pemuzik Amerika-Jepun; Steve Aoki, pelakon India, Dev Joshi; penari Jepun, Miyu dan atlit papan luncur Olimpik, Kaitlyn Farrington.

bakal terbang ke bulan, t.o.p bigbang tak rasa takut langsung

Sumber: HMetro