‘Spider-Man’ Umum Rehat Dari Semua Media Sosial

Pelakon Hollywood, Tom Holland telah mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan untuk berehat sebentar daripada semua media sosial.

‘spider-man’ umum rehat dari semua media sosial

Menerusi satu video yang dimuatnaik pemegang watak Spider-Man ini, beliau berbuat demikian bagi memberi ruang kepadanya untuk pulih daripada masalah kesihatan mental.

 

Pelakon berusia 26 tahun itu turut menekankan dua media sosial yang memberi tekanan kepada kesihatan mentalnya selama ini adalah Instagram dan Twitter.

 

 

Dalam masa sama beliau melakukan sedemikian bagi meningkatkan kesedaran kepada badan amal Stem4, satu program kesihatan mental remaja.

 

Beliau turut meminta peminatnya menyokong usahanya untuk berehat sebentar daripada media sosial.

 

 

Sumber: Instagram