Tom Cruise Tak Mahu Jadi Iron Man, “Karakter Itu Tak Boleh Dibawa Pelakon Lain..”

Selepas watak Tony Stark lakonan Robert Downey Jr ditamatkan dalam filem Avengers: End Game, kini nama pelakon Tom Cruise pula dicanang-canang sebagai pengganti.

tom cruise tak mahu jadi iron man, “karakter itu tak boleh dibawa pelakon lain..”

Nama Tom Cruise dicanang ramai khasnya para peminat untuk membawa watak Tony Stark atau Iron Man oleh Marvel Cinematic Universe (MCU).

 

Aktor yang sering muncul dalam pelbagai filem aksi itu dikhabar juga akan muncul sebagai Iron Man versi jahat menerusi filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness.

tom cruise tak mahu jadi iron man, “karakter itu tak boleh dibawa pelakon lain..”

Meskipun Cruise menyangkal dakwaan itu sebagai tidak benar, para peminatnya masih berharap agar Cruise diberi peluang untuk menjadi pengganti Downey Jr sebagai Iron Man dalam salah satu filem Marvel Studios akan datang.

 

Dalam satu temubual, Cruise mengakui dia tidak mahu memegang watak Tony Stark atau menggantikan tempat Downey Jr dalam filem adiwira itu.

tom cruise tak mahu jadi iron man, “karakter itu tak boleh dibawa pelakon lain..”

“Saya amat mengagumi Downey Jr. dan tidak mahu menggantikan tempatnya sebagai Tony Stark. Karakter itu sudah sebati dengan dirinya dan tidak boleh dibawakan oleh pelakon lain,” ujar Cruise.

 

Kenyataan oleh Cruise itu jelas menunjukkan beliau tidak berminat untuk memegang watak sebagai Iron Man, apatah lagi menggantikan tempat Downey Jr.

 

Sumber: Kosmo!