Perdana Menteri Umum Tol Percuma Sempena Tahun Baru Cina 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tol percuma sempena Tahun Baru Cina yang akan tiba hujung minggu ini.

perdana menteri umum tol percuma sempena tahun baru cina 2023

Menurut beliau, pemberian tol percuma pada 20 dan 21 Januari 2023 telah diputuskan selepas Menteri Pengangkutan dan Menteri Kerja Raya berbincang dengan syarikat konsesi lebuhraya terlibat, melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM40 juta.

 

“Pertama berita baik, Selamat Tahun Baharu Cina, jadi untuk itu, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pengangkutan telah ambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi dan bersetuju untuk tiada bayaran tol pada 20 dan 21 Januari,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

 

Sumber: Utusan