Banjir Makin Buruk, TNB Tutup Bekalan Elektrik di Beberapa Kawasan Kelantan, Terengganu

Ekoran daripada keadaan banjir yang semakin buruk pada Isnin, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan penutupan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Terengganu dan juga Kelantan.

banjir makin buruk, tnb tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan kelantan, terengganu

Menurut TNB, setakat jam 10 pagi 26 Disember 2023, terdapat beberapa kawasan terjejas yang telah ditutup bekalan elektrik, bagi tujuan keselamatan pengguna setempat.

banjir makin buruk, tnb tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan kelantan, terengganu

banjir makin buruk, tnb tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan kelantan, terengganu

Berikut adalah kawasan yang ditutup bekalan elektrik bagi negeri Terengganu:

 

Al-Muktafi Billah Shah

1. Pam Air Merlong 

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengal

2. Kampung Surau

3. Kuala Jengal

4. Kampung Pelamboh

5. Logi Air Tepus

6. Kampung Tepus 

7.  PLB Minda 1

8. Kampung Cerawih

9. Kampung Cemuak

10. HP Minda 2

11. Kampung Rantau Panjang

12. Kampung Talong

13. Sekolah Kebangsaan Minda Talong

 

Marang

1. Coara Marang Solar

2. Kem Panji Alam

 

Kuala Berang

1. Sekolah Menengah Agama Mahmudiah

2. Sekolah Kebangsaan Kua

 

Manakala berikut pula adalah kawasan bagi negeri Kelantan:

 

Pasir Mas

1. Sekolah Menengah Ugama Al Falah

2. Booster Jeram Perdah

3. Balai Polis Jeram Perdah

4. Bongor

5. Bukit Lata

6. Taman Gemilang

7. Pengkalan Rakit

8. Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh

9. Terusan

10. Bakat 2

11. Pusat Penyembelihan GP

12. Merbau Serongga

13. Serongga

14. Gual Pinang

15. Kuin Merah

16. Gual Nering

17. JPS Bendang Guchil

18. Sekolah Kebangsaan Gial Sitok

19. Gual Sitok

20. Kebakat

21. Gual Petai Beruk

22. Gual Bunut

23. Kubang Kual

24. Kusar

25. Gertak Nombor 3

26. Taman Rantau Jaya

27. Kuarters Kastam

28. Telekom Rantau Panjang

29. Zainab Ramli

30. Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 1 & 2

31. Unit Pencegahan Penyeludupan Rantau Panjang

31. Tasek Permai

32. Kedap

33. Kompleks Imigresen

34. Bandar Rantau Panjang

35. Gual Tokdeh

36. Loji Air Rantau Panjang

37. Kastam Rantau Panjang

38. Taman Desa Wira Jaya 2 - 3

39. Prima Lubok Jong 1 - 3

40. Taman Desa Wira

 

TNB dalam pada itu turut menasihatkan pengguna agar tidak menghidupkan peralatan elektrik sekiranya palam atau soket alir keluar berada dalam keadaan basah atau dilitupi air atau kotoran banjir.

Sumber: TNB / https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index#