Tingkat Kemahiran Digital Pelajar Dari Keluarga B40, TM Future Skills Diperluaskan

Dalam usaha meningkatkan kemahiran digital di kalangan pelajar sekolah dalam keluarga berpendapatan rendah atau keluarga B40, Yayasan TM (YTM) telah memperluaskan program TM Future Skills (TMFS) ke tiga sekolah menengah di semenanjung Malaysia.

tingkat kemahiran digital pelajar dari keluarga b40, tm future skills diperluaskan

TMFS bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran digital pelajar-pelajar Malaysia dengan mengintegrasikan teknologi digital ke dalam pengalaman pembelajaran mereka. Program ini telah berjaya melancarkan perkhidmatan pertamanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol di Perak pada November tahun lalu.

 

Selain daripada itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil di Selangor, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra di Batu Pahat, Johor turut menjadi sebahagian dalam program TMFS. Pemilihan sekolah ini adalah berdasarkan peratusan pelajar B40 tertinggi di kawasan tersebut serta minat mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

tingkat kemahiran digital pelajar dari keluarga b40, tm future skills diperluaskan

Pengarah YTM, Ainol Shaharina Sahar, menyatakan keyakinannya dalam peranan penting belia Malaysia sebagai pendorong kemajuan negara dan masyarakat.

 

"Sebagai organisasi yang memainkan peranan utama dalam melonjakkan Digital Malaysia, kami berkomitmen untuk membangunkan generasi akan datang sebagai penggerak ekonomi digital dan penerokaan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) yang terus berlaku.

"Program TMFS memenuhi komitmen ini dengan membekalkan pelajar dengan kemahiran digital serta menekankan aspek kepimpinan, pemikiran kreatif, dan kemahiran kognitif," kata beliau.

tingkat kemahiran digital pelajar dari keluarga b40, tm future skills diperluaskan

Untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran secara mendalam, YTM telah menubuhkan Hab Digital TMFS di sekolah-sekolah ini. Hab-hab ini dilengkapi dengan sumber-sumber seperti Pocketlab, kit robotik, pencetak 3D, TV pintar, komputer dan bahan pembelajaran digital untuk merangsang minat pelajar dalam penerokaan dunia digital.

tingkat kemahiran digital pelajar dari keluarga b40, tm future skills diperluaskan

Baru-baru ini, YTM bersama rakan strategik Creative Minds telah mengadakan Latihan Guru TM Future Skills kepada 100 guru terpilih. Guru-guru ini bakal menjadi pengajar utama dalam pembangunan program STEM yang lebih berkualiti terhadap sekolah-sekolah di Pantai Timur dan bakal membantu sebanyak 5000 pelajar dalam keluarga kategori 840 di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.