Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka di sambut minggu ini, pasti ramai yang akan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Tambah pula, terdapat dua lagi hari cuti umum pada 1 Mei (Hari Pekerja) dan 4 Mei (Hari Wesak), pasti ramai yang akan terus bercuti panjang sepanjang minggu ini.
.
Disebabkan itu, mereka yang mempunyai pokok dan tanaman di rumah terpaksa meninggalkan ia untuk satu tempoh yang agak lama dan berkemungkinan menyebabkan tanaman menjadi layu lalu mati.
.
Untuk mengelakkan tanaman anda menjadi layu dan kering sepanjang anda pulang ke kampung, apa kata anda cuba cara ini?
Dengan menggunakan botol minuman kecil dan ditebukkan sedikit lubang pada bahagian penutupnya, cara ini sedikit sebanyak dapat membuatkan tanaman anda segar dan mendapat air secukupnya sepanjang ketiadaan anda di rumah.
Lihat caranya menerusi video Tiktok @arboldhome:
Buat anda yang akan pulang menyambut Hari Raya di kampung, pastikan rumah anda berada dalam keadaan terkunci dan selamat. Pandu dengan selamat dan ingatkan orang tersayang!
Sumber: Tiktok @arboldhome