Doktor Ini Dedahkan Sebab Kenapa Kita Asyik Mengantuk Lepas Sahur

Puasa membawa maksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari berserta niat.

 

Untuk berpuasa disiang hari pada bulan Ramadan ini, kita amat digalakkan untuk bersahur diawal pagi. Namun pernahkan anda berasa amat mengantuk sebaik sahaja anda selesai bersahur?

 

Disebut sebagai ‘food coma’, keadaan ini menurut sains hanya terjadi disebabkan kita mengambil makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi atau air manis.

doktor ini dedahkan sebab kenapa kita asyik mengantuk lepas sahur

Menurut Dato Dr Tikfu Gee, apabila kita makan makanan berkarbohidrat tinggi, paras insulin dalam badan kita akan meningkat lalu menyebabkan kita rasa mengantuk dan lapar.

doktor ini dedahkan sebab kenapa kita asyik mengantuk lepas sahur

“Jadi tips untuk bersahur menurut sains adalah bersahur dengan makanan yang tinggi protein dan elakkan makanan berkarbohidrat tinggi, supaya kita rasa kenyang lebih lama dan kurang rasa mengantuk dalam bulan puasa ini,” demikian menurut beliau.

doktor ini dedahkan sebab kenapa kita asyik mengantuk lepas sahur

Video yang dikongsikan menerusi Tiktok ini juga telah mendapat perhatian dan tontonan ramai.

 

@drtikfugee Ramadan Mubarak semua! Selamat menunaikan ibadah puasa 1444H ✨ . #ramadan #ramadankareem #sahur #suhoor #resepisahur #inspirasiramadan #kitajagakita #malaysia #fyp #fypシ #ramadhan ♬ Ramadhan Tiba - Opick

 

Sumber: Tiktok @drtikfugee