Lelaki Ini Kongsi Tips Simpan RM1 Juta Di KWSP Sebelum Umur 50 Tahun

Menjelang hari tua, wang simpanan adalah aset penting yang perlu diambil kira sejak dari usia muda. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatan sepanjang tempoh persaraan nanti.

lelaki ini kongsi tips simpan rm1 juta di kwsp sebelum umur 50 tahun

Di Malaysia, pekerja yang bekerja akan mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ia merupakan ‘tabung’ terbaik yang boleh digunakan pada masa tua dan selepas bersara kelak.

 

Menurut laporan, jika seseorang individu itu mahu hidup selesa selepas pencen kelak, dia perlu ada sekurangnya RM600,000 wang simpanan. Malah, KWSP sebelum ini memaklumkan hanya ada sebilangan kecil iaitu 2.6 peratus atau 350,000 pencarum daripada 13.1 juta pencarum berusia 55 tahun kebawah yang ada simpanan mencukupi.

 

Menerusi hantaran di Facebook Nur Fadhli Bassar, beliau berkongsi tips tentang bagaimana rakannya berjaya menyimpan amaun sebanyak RM1 juta ringgit pada usia 40-an.

lelaki ini kongsi tips simpan rm1 juta di kwsp sebelum umur 50 tahun

 “Pertama, mesti ada kerja yang stabil dan gaji yang cukup. Kedua, kena mencarum dalam KWSP lah. Dia carum 11% kemudian naikkan ke 12% dan 13%. Majikan dia pun mencarum juga. Berapa % bahagian majikan dia bagi, aku tak tau.

“Ketiga, dia tak sentuh duit KWSP jika tak perlu. Tengok masa PKP dulu berapa ramai terkesan. Dia steady, maka aku beranggapan dia ada simpanan kecemasan yang cukup.

“Keempat, dia tingkatkan caruman dengan cara tinggikan gaji dengan cara job hopping (boleh minta gaji lebih tinggi daripada majikan baru). Dia dah tukar majikan 8 kali.

“Kelima, dia bayar zakat (wajib dan untuk cari keberkatan). Bila berkat, Tuhan tambah lagi. Dan aku assume dia ada juga buat projek sedekah jariah yang lain.

“Apa tujuan aku tulis ni? Untuk beritahu yang menyimpan secara berterusan dan berdisiplin pun boleh jadi jutawan. KWSP bagi dividen 5.4% untuk 2023 jadi nanti dia dapat 54,154.

“Kalau dia dah pencen, maknanya tahun ni dia boleh belanja 4,512 sebulan (54154 / 12), makan duit dividen je, duit pokok sejuta tu tak payah usik pun. Tenang je hidup.

“Ini baru umur 45, kalau dia pencen umur 60, boleh cecah lebih 2 juta dalam KWSP dia, ada harapan merasa pencen 10000 sebulan dan duit pokok 2 juta tu tak luak langsung,” tulis beliau menerusi Facebook.

 

Hantaran itu mendapat ribuan komen dan perkongsian semula di Facebook.

Apa kata anda?

 

Sumber: Facebook