Jangan Buang Masa Sental Kuali, Ini Tips Mudah Nak Bersihkan Kerak Kuali

Para ibu yang selalu memasak pasti penat nak menghadapi situasi menyental kuali lepas memasak kan? Kadang-kadang tu sampai sakit tangan nak cuci kerak kuali tu. Haa, ramai yang tidak tahu tips berguna ni. 

Sebuah pengguna Tiktok @JulesPitch ada berkongsi tips yang sangat mudah untuk mencuci kerak kuali dengan cepat. Dah tak perlu susah-susah gosok sampai sakit tangan guna berus dawai. Dapur pun jadi wangi! 

jangan buang masa sental kuali, ini tips mudah nak bersihkan kerak kuali

Ini adalah cara untuk mencuci kerak kuali semudah ABC: 

  • Tuangkan air ke dalam kuali mengikut paras kerak tersebut (Banyak pun tidak mengapa) dan panaskan kuali tersebut di atas dapur. 

  • Letak serbuk sabun basuh baju mengikut sukatan yang bersesuaian.

  • Semasa rebusan, ia akan menyebabkan wap-wap sabun baju tadi dan boleh mewangikan satu rumah anda.

  • Selepas selesai tutup api  dan tapiskan ke dalam singki. Di proses ini anda akan lihat kerak-kerak akan tertanggal tanpa perlu menggosok.

  • Cuci kuali seperti biasa sehingga bersih perlu menggosok dengan kuat.

  • Dan akhirnya bilas dengan air bersih dan siap! 

jangan buang masa sental kuali, ini tips mudah nak bersihkan kerak kuali

 

@julespitch Dah tak payah menyakitkan tangan menyental kuali. Jamin kilat ✨ 😍 Siapa pakai nonstick tu silakan.. ni untuk kuali kampung ye 🙈 #tipsdapur #fypdongggggggg #fypシ ♬ CUFF IT - Beyoncé

Kalau mudah macam ni, lagi bersemangat lah kita nak memasak kan? Selamat mencuba. 

Sumber: Tiktok @JulesPitch