Tahu Nama Kawan Antara Tips Hanis Zalikha Pakai Supaya Anak Suka Pergi Sekolah

Selebriti Hanis Zalikha baru-baru ini ada berkongsi cara mendidik anak-anaknya supaya mereka bersemangat dan seronok untuk ke sekolah.

tahu nama kawan antara tips hanis zalikha pakai supaya anak suka pergi sekolah

Menurut Hanis, apa yang penting padanya dalam mendidik anak-anak adalah disiplin yang diamalkan sejak dari mereka bayi lagi.

 

Ujarnya, disiplin tidur awal yang sudah sebati sejak dari mula akan membuatkan anak menjadi seorang yang ‘morning person’, lalu memudahkan mereka untuk bangun ke setiap pagi dan membuatkan mereka tidak benci untuk ke sekolah.

 

“MasyaAllah alhamdulillah. Pergi sekolah dengan simple & seronok!

“Nombor satu yang mudahkan kami adalah, dari bayi dah mulakan rutin tidur awal. Displin waktu tidur sampai sebati dengan body clock dan jadi ‘morning person’. So naturally waking up early it’s not a burden for school — and they don’t hate school for it,” ujarnya.

tahu nama kawan antara tips hanis zalikha pakai supaya anak suka pergi sekolah

Tambah ibu kepada dua anak ini, beliau turut membawa anak-anaknya untuk bergaul dengan orang ramai bagi meningkatkan lagi keyakinan diri mereka supaya sentiasa bersedia dalam alam persekolahan.

 

“Also good to polish social skill dengan bergaul dan yakin diri sedari kecil. Playdate dengan sepupu sepapat, anak kawan-kawan, sertai playgroup, play sports, apa saja yang membiasakan dia dengan komunikasi dunia luar (selain ibu bapa). InsyaAllah ini akan mudahkan transisi nak ‘break the ice’ at school and form friendships.

“Selalu bersama-sama siap ke sekolah. Buatkan sarapan, bantu persiapan mereka atau ibubapa sendiri hantar ke sekolah. Yang mana mampu, asalkan together ‘getting ready for school’ energy,” katanya lagi.

 

Tambah Hanis lagi, beliau juga sering mengambil tahu nama-nama kawan anaknya, agar dapat digunakan ketika bersembang mengenai rutin harian anak bersama kawan di sekolah.

tahu nama kawan antara tips hanis zalikha pakai supaya anak suka pergi sekolah

“Get to know their friends. Kenal nama kawan anak-anak. Take note bila diorang cerita perihal kawan-kawan dan gunakannya untuk sentiasa up to date dalam bersembang dengan anak-anak. Masa parti harijadi, dapat dekati dengan siapa yang anak-anak kita bergaul dengan lebih lagi. Tak semestinya parti yang kita anjurkan, mungkin parti yang kita hadiri.”

“Lower expectation. Terimalah ada hari yang lebih sukar, sebab kita pun liat nak pergi sekolah sometimes. Tapi sehabis baik kawal keadaan dan emosi supaya mood seharian (seisi rumah) tidak terganggu,” demikian menurut Hanis.

 

 

 

 

Sumber: Instagram Hanis Zalikha