Seperti yang kita tahu, pakar bedah yang dikenal ramai, Dr. Amalina ada berkongsi berita gembira iaitu beliau selamat melahirkan puteri sulungnya di London. Dr. Amalina juga turut berkongsi beberapa gambar bayinya yang comel di laman akaun Instagram.
Namun beberapa hari ini, Dr. Amalina ada berkongsi gambarnya keluar berjalan sekitar Kota London bersama puterinya ketika masih dalam berpantang dan perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai soalan oleh para ibu tentang bagaimana beliau menjaga kesihatannya dan kekal nampak sihat dan cantik walaupun baru sahaja bersalin.
Oleh kerana Dr. Amalina telah menerima banyak soalan di ruangan komen, beliau akhirnya berkongsi tips cara penjagaan selepas bersalin yang beliau sendiri amalkan berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalamannya sendiri sebagai seorang doktor.
Untuk kaum ibu yang baru atau akan bersalin, anda boleh ikut tips di bawah:
-
Amalkan makanan sihat dan seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran & buah. Kurang garam, gula dan minyak. Makan secara bersederhana utk mengekalkan berat yg ideal. Tidak perlu pantang telur/ayam jika tiada alahan.
-
Minum air kosong 2-3 liter sehari, kurangkan minum air manis seperti air boba, milo.
-
Tingkatkan intensiti aktiviti seharian secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yg lebih berat daripada bayi anda selama 6 minggu.
-
Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki (untuk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) & senaman perut. Anda digalakkan untuk menunggu 6 minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi, seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat byk rehat.
-
Jaga bahagian perineum. Basuh dengan air dari depan ke belakang & lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad every 3-4 hours. Jika bersalin melalui C-section, bersihkan & lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar & seluar dalam cotton & ambil ubat penahan sakit (paracetamol/ibuprofen selamat untuk breastfeeding). Jaga kebersihan & mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu utk elak constipation.
-
Buat kegel exercise untuk menguatkan otot pelvis.
-
Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.
-
Jaga kesihatan mental, jangan stress dan enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan drp suami dan keluarga
“Gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Itulah tips mudah utk jadi sihat sepanjang hayat,” tambah Dr. Amalina lagi.
Sumber: Instagram @dramalinabakri