Tiktoker Buat Content Makan Nasi Berlauk Dalam Wayang Raih Kecaman

Seorang Tiktoker telah menerima kecaman kerana menghasilkan content yang mengundang kemarahan ramai.

 

Menerusi video yang dimuatnaik olehnya pada Ahad, individu dari negara jiran ini dilihat sengaja membawa makanan dari luar ke dalam pawagam.

tiktoker buat content makan nasi berlauk dalam wayang raih kecaman

Video yang meraih lebih sejuta tontontan itu menunjukkan dia menyeludup masuk sebungkus nasi padang.

 

Kelihatan juga individu berkenaan menikmati hidangan tersebut ketika menonton wayang berkenaan.

tiktoker buat content makan nasi berlauk dalam wayang raih kecaman

Akibat tindakan itu, aroma nasi padang berkenaan turut dihidu penonton lain dalam pawagam.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pemuda tersebut kerana melanggar peraturan dan menggangu ketenteraman penonton lain.

 

@alwijo.bless baunya sampe seluruh bioskop #nasipadang #bioskop #fyp #fypシ ♬ I am sneaking into you Pink Panther Parody - moshimo sound design

 

Untuk info, makanan dan minuman luar tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam pawagam.

 

Sumber: Oke News / Tiktok