Tiktoker Dikecam Duduk Rumah PPR Tapi Hidup Serba Mewah, Tapi Ini Alasannya

Seorang Tiktoker yang dikenali sebagai Syamimia telah menerima kecaman segelintir netizen gara-gara hidup serba mewah namun menetap di sebuah rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).

 

Isu timbul sejak beberapa hari lalu apabila Syamimia dilihat memiliki barangan elektrik serta perabot dalam rumah PPR itu dengan jenama mewah, hingga dipersoalkan netizen mengenai taraf hidupnya.

tiktoker dikecam duduk rumah ppr tapi hidup serba mewah, tapi ini alasannya

Tiktoker itu akhirnya tampil memberi penjelasan mendedahkan rumah itu adalah merupakan peninggalan arwah ibunya sebelum meninggal dunia.

 

“Iya betul, saya berhenti belajar lepas Ummi meninggal. Ummi baru berapa bulan beli rumah Ini dan tiba-tiba meninggal dunia. Saya cari kerja untuk bayar semua hutang Ummi termasuk habiskan bayaran rumah di usia saya 20 tahun, seorang diri di KI.

“Supaya Ummi tenang di ‘rumah baharu’. Saya simpan rapi kisah ni sebab saya sangat perahsia orangnya dan tak manis pun nak perjelaskan pada strangers.

“Sangat banyak jumlahnya tetapi sebelum memiliki rumah ini, saya perlu ‘ditemu duga’ oleh tuan hakim membuktikan umur 20 tahun boleh tak uruskan rumah ini.

“Bil elektrik tertunggak ribuan ringgit, bil air (sebab Ummi dah berbulan tak kerja), baki loan rumah ni sangat banyak (90 peratus baki),” kongsinya menerusi TikTok.

 

@syamimia_ Rumah flat Syamimia. #fyp #cookingmotivation #cookingtiktok #cleaningmotivation #cleantok #diariseharimimi #rumahflatmimi ♬ original sound - Syamimia

 

 

Tambah lagi, beliau meluahkan rasa syukur kerana berjaya melunaskan baki tertunggak dan berniat untuk menghadiahkan rumah itu kepada adiknya.

tiktoker dikecam duduk rumah ppr tapi hidup serba mewah, tapi ini alasannya

“Alhamdulillah saya dapat selesaikan di usia muda dan rumah ini diberikan kepada saya kerana saya dapat melunaskan baki. Ini salah satu impian cara saya buat Ummi happy sebab dia pun suka rumah cantik.

“Saya juga pernah berseloroh sebelum ni, ingat tak? Jika saya ada rumah baharu, rumah ini dan segala isinya akan saya hadiahkan pada buah hati saya, Syarina.

“Sekarang visi saya adalah membeli kebahagiaan buat adik, suami, adik ipar dan anak-anak. Salam perkenalan, saya Syamimi yang suka mendeko berhias dan memasak,” katanya.

 

@syamimia_ Terpaling sigma hisap rokok buang ikut tingkap ruang tamu #fyp #rumahflat ♬ original sound - Syamimia

 

Terdahulu, Syamimia telah dibesarkan oleh ibu tunggal kelainan upaya yang cacat penglihatan atau buta, hingga menarik perhatian ramai yang bersimpati kepadanya.

 

Sumber: Gempak