TikTok Umum Semua Video Akan Ada ‘Auto Caption’ Mulai Bulan Depan

Aplikasi media sosial popular di dunia, TikTok kini sedang berusaha untuk meningkatkan akses dalam aplikasi ini dengan mengenakan kapsyen secara automatik pada semua video, bermula bulan depan.

 

Seperti yang dapat dilihat dalam notifikasi terbaharu TikTok, aplikasi itu kini memberitahu pengguna tentang perubahan yang akan dibuat ini tidak lama lagi.

tiktok umum semua video akan ada ‘auto caption’ mulai bulan depan

TikTok sebelum ini membenarkan pengguna untuk memasang atau menutup fungsi kapsyen automatik untuk memastikan lebih ramai pengguna dapat berinteraksi dengan kandungan mereka. Tetapi sekarang, fungsi kapsyen ini akan diaktifkan pada setiap video, dan pilihan "Allow auto-caption" akan dibuang daripada proses muat naik.

 

Menurut TikTok:

"Anda boleh mengubah status kebenaran kapsyen teks untuk mana-mana video yang telah dipos sebelum November. Selepas itu, semua video yang layak dalam bahasa yang disokong akan mempunyai kapsyen secara automatik. Ini memastikan bahawa TikTok adalah inklusif dan semua orang boleh menikmati aplikasi ini tanpa batasan bahasa."

tiktok umum semua video akan ada ‘auto caption’ mulai bulan depan

TikTok juga berkata bahawa pencipta kandungan masih boleh mengedit kapsyen automatik selepas video mereka dipos. Tetapi pengguna tidak boleh memilih untuk tidak mengaktifkannya, yang bermaksud lebih banyak klip TikTok nanti akan mempunyai kapsyen automatik.

tiktok umum semua video akan ada ‘auto caption’ mulai bulan depan

Ini adalah langkah positif untuk ramai pengguna, khasnya kepada pengguna yang mempunyai masalah pendengaran, mahupun untuk pengguna biasa yang menonton TikTok dalam keadaan tanpa bunyi.

 

Sumber: Social Media Today