TikTok Kini Uji Fungsi Download Videonya Tanpa ‘Watermark’

TikTok adalah sebuah aplikasi media sosial yang semakin popular dalam kalangan pengguna Internet pada masa kini. Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk berkongsi video pendek yang kreatif dan menarik dalam pelbagai genre atau topik.

tiktok kini uji fungsi download videonya tanpa ‘watermark’

Disebabkan populariti inilah maka ramai sering memuatnaik semula video dari Tiktok kepada platform media sosial lain seperti Instagram dan Facebook. Namun, terdapat perkara yang mungkin agak menjengkelkan daripada video yang dikongsikan itu, iaitu tera air atau ‘watermark’.

 

Bagaimanapun, Tiktok kini dilihat sedang menguji fungsi muat turun video Tiktok tanpa ‘watermark’, supaya pengguna dapat menggunakan video daripada Tiktok untuk tujuan lain.

tiktok kini uji fungsi download videonya tanpa ‘watermark’

Menerusi perkongsian Jonah Manzano, ada sesetengah pengguna kini boleh melihat fungsi terbaharu ini pada aplikasi Tiktok mereka. Fungsi itu bagaimanapun terhad untuk video yang dimuatnaik pengguna itu sendiri, dan bukannya video dari pengguna lain.

 

Perkara ini semestinya amat dinantikan pengguna Tiktok, memandangkan ada laporan mengatakan video yang dikongsikan di Instagram akan dihadkan jumlah tontonan, andai ia mengesan kewujudan ‘watermark’ pada video yang dikongsi pengguna.

 

Sumber: Social Media Today