Peminat Kecewa Tiket BLACKPINK di KL Paling Mahal, Cecah Hingga RM2,300

Rata-rata peminat kumpulan sensasi K-pop iaitu BLACKPINK meluahkan rasa kecewa apabila tiket yang dijual sempena siri jelajah kumpulan itu di Kuala Lumpur adalah yang termahal di dunia dalam konsert jelajah BLACKPINK.

peminat kecewa tiket blackpink di kl paling mahal, cecah hingga rm2,300

Menurut laporan, harga tiket bagi satu tiket di Malaysia adalah paling mahal hingga mencecah RM2,300 setiap satu.

 

Malah ada peminat yang menganggap harga yang ditawarkan adalah tidak berbaloi kerana dikatakan terlalu jauh dengan pentas utama.

peminat kecewa tiket blackpink di kl paling mahal, cecah hingga rm2,300

Ada pengguna yang membandingkan harga tiket konsert BLACKPINK di KL dengan harga tiket konsert itu di negara lain. Malah, harga tiket BLACKPINK di Korea Selatan adalah lingkungan RM500 hingga RM900 yang mana ia jauh lebih murah berbanding tiket di Malaysia.

peminat kecewa tiket blackpink di kl paling mahal, cecah hingga rm2,300

BLACKPINK akan mengadakan konsert jelajahnya ‘Born Pink’ di KL pada 4 Mac depan. Mereka sebelum ini pernah mengadakan konsert pertama di Stadium Malawati, Shah Alam pada Februari 2019.

 

Sumber: Kosmo!