Tarikh 11 Mac, 19 April dan 17 September Jadi Perhatian Di TikTok

Seorang pengguna media sosial yang mendakwa mempunyai kelebihan pengetahuan psikik telah membuat ramalan mengenai kejadian luar biasa bagi tahun 2022.

 

Video yang dimuatnaik di akaun TikTok bernama @aesthetictimewarper, menggelarkan dirinya sebagai ‘pengembara masa’ dan menceritakan kejadian besar berlaku di masa hadapan.

tarikh 11 mac, 19 april dan 17 september jadi perhatian di tiktok

Beliau bagaimanapun tidak berpuas hati apabila kebolehannya diragui, lalu menyatakan tiga tarikh baharu pada tahun 2022 sebagai bukti kelebihannya.

“Saya dikatakan pengembara masa yang palsu, jadi ingat tiga tarikh penting pada awal 2022 ini. 11 Mac- anak kacukan manusia cimpanzi pertama akan dilahirkan. Ia boleh bercakap dan mempunyai ciri-ciri campuran.

tarikh 11 mac, 19 april dan 17 september jadi perhatian di tiktok

“19 April- Varian baharu Covid-19 bernama ‘Omega’ akan muncul, lima kali lebih teruk daripada kesemua varian lain.

“Akhir sekali, pada 17 September, makhluk terbesar ditemui di lautan dipanggil ‘Cerine Croin’, empat kali ganda saiz ikan paus biru,’’ jelas pengguna itu.

 

Video berkenaan menjadi tular di media sosial dan mendapat lebih 10 juta tontonan dan setengah daripadanya memberikan tanda suka. Rata-rata warganet yang menonton video tersebut mempunyai pelbagai pendapat yang berbeza.

 

Teori konspirasi berkenaan perjalanan masa merupakan satu perkara biasa yang berlaku di beberapa negara barat. Segala maklumat yang diberikan mereka berkenaan masa hadapan adalah ramalan semata-mata dan kita tidak perlu percaya dengan apa yang dinyatakan.

 

Sumber: [1]