Tiga Lelaki Lempar Anjing Hidup Untuk Dimakan Buaya Buat Ramai Marah

Baru-baru ini, tular video menunjukkan tiga lelaki melempar seekor anjing yang masih hidup ke dalam sungai sebelum ia dibaham buaya.

tiga lelaki lempar anjing hidup untuk dimakan buaya buat ramai marah

Kejadian yang berlaku di daerah Semakung, Nunukan, Kalimantan Utara itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati individu berkenaan selepas makanan mereka sering kali dicuri oleh anjing terbabit.

 

Dalam video yang tular, pada mulanya kelihatan seorang lelaki menangkap seekor anjing di tepi sungai, sementara seorang lagi berdiri berdekatan.

 

Lelaki itu dibantu rakannya memegang anjing terbabit, sebelum melemparkan haiwan itu hidup-hidup ke dalam sungai sambil ketawa.

tiga lelaki lempar anjing hidup untuk dimakan buaya buat ramai marah

Anjing yang malang itu terus disambar seekor buaya yang berada di dalam sungai berkenaan.

 

Tindakan lelaki itu jelas mengundang kecaman dan amarah dari orang ramai, khususnya warganet.

 

Selepas menerima laporan, pihak polis Nunukan mengesahkan ketiga-tiga individu itu yang dikenali sebagai Dedy, Rosady dan Gio telah ditahan.

 

“Motif kejadian adalah marahkan anjing yang didakwa sering ‘mencuri’ makanan pekerja diletakkan di atas meja.

“Mereka mendakwa haiwan itu sudah beberapa kali mencuri makanan pekerja menyebabkan mereka hilang sabar dan bertindak di luar kawalan,” kata ketua polis Nunukan dalam satu kenyataan.

 

Ekoran daripada tindakan tidak berhati perut itu lagi, ketiga-tiga mereka turut diberhentikan kerja oleh pihak syarikat mereka.

 

Sumber: Terasjabar.id