Kajian Dapati Tidur Lebih Lama Hujung Minggu Kurangkan Sakit Jantung

Satu kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik Universiti Perubatan Nanjing di China mendapati tidur lebih lama pada hujung minggu adalah baik untuk kesihatan kardiovaskular seperti jantung.

kajian dapati tidur lebih lama hujung minggu kurangkan sakit jantung

Menurut kajian yang dijalankan hasil analisis data dari Tinjauan Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (NHANES), individu yang tidur lebih lama sekurangnya satu jam pada hujung minggu berbanding hari bekerja mempunyai risiko penyakit kardivaskular lebih rendah.

 

Hasil kajian mendapati terdapat risiko lebih rendah dalam mendapat penyakit jantung pada mereka yang tidur kurang enam jam pada hari bekerja dan bangun lewat sekurang-kurangnya dua jam pada hujung minggu.

kajian dapati tidur lebih lama hujung minggu kurangkan sakit jantung

“Kajian ini mendapati anda boleh menebus hutang tidur dan rehat dengan tidur lebih dua jam pada hujung minggu, mengurangkan risiko serangan jantung,” kata profesor perubatan klinikal di Pusat Perubatan NYU Langone, Dr. Marc Siegel.

 

Kajian berkenaan mengumpul maklumat 3,400 orang dewasa Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun ke atas antara 2017 hingga 2018, telah diterbitkan dalam jurnal Sleep Health.

kajian dapati tidur lebih lama hujung minggu kurangkan sakit jantung

Sumber: Kosmo! / Jurnal Sleep Health