Mungkin Tiada Raya Mengejut, Umat Islam Di Malaysia Akan Puasa Genap 30 Hari Tahun Ini

Umat Islam di Malaysia dijangka akan berpuasa penuh genap 30 hari dan mungkin tiada lagi raya mengejut seperti tahun lepas.

mungkin tiada raya mengejut, umat islam di malaysia akan puasa genap 30 hari tahun ini

Menurut Jabatan Mufti Selangor, ia berdasarkan analisis hisab atau kiraan awal yang memaparkan hilal Syawal dijangka tidak memenuhi rukyah atau kriteria penampakan kedudukannya.

 

Berdasarkan maklumat disiar jabatan tersebut di Facebooknya dengan data dari Balai Cerap Selangor di Sabak Bernam, altitud atau ketinggian anak bulan dari matahari ialah dua darjah 11 minit. Sementara elongasi atau jarak lengkung pusat bulan dengan matahari diunjurkan pada kedudukan dua darjah 37 minit, sekaligus gagal menepati imkanur rukyah yang ditetapkan.

 

Kriteria baharu yang mula digunapakai sejak 2021 itu menetapkan altitud mesti tidak kurang dari tiga darjah, manakala elongasi pula haru lebih enam darjah 24 minit.

mungkin tiada raya mengejut, umat islam di malaysia akan puasa genap 30 hari tahun ini

Jabatan itu turut memaklumkan bahawa tarikh untuk 1 Syawal adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi Penyimpan Mohor besar Diraja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

 

Baru-baru ini, warganet dikejutkan dengan tangkap layar yang menunjukkan hebahan tarikh akhir Ramadan tahun ini jatuh pada 20 April, seolah-olah mengulangi kejadian raya mengejut seperti tahun lepas.

JAKIM dalam pada lain menasihatkan agar umat Islam tidak membuat sebarang spekulasi hingga mencetuskan keresahan masyarakat.

 

Sumber: Sinar Harian