‘Gegaran Hampir Sama Dengan Tsunami 2011’, Tiada Rakyat Malaysia Terjejas

Gempa bumi berskala 7.4 skala Ritcher telah dilapor melanda Jepun, semalam.

‘gegaran hampir sama dengan tsunami 2011’, tiada rakyat malaysia terjejas

Bencana yang menggegarkan tengah Jepun itu telah mencetuskan amaran Tsunami dan turut dirasai Tokyo serta seluruh wilayah Kanto.

 

Menurut laporan daripada Wisma Putra, setakat ini rakyat Malaysia termasuk pelajar serta pegawai di Kedutaan Malaysia dilapor selamat.

‘gegaran hampir sama dengan tsunami 2011’, tiada rakyat malaysia terjejas

"Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi serta kepada rakyat dan Kerajaan Jepun,” demikian menurut Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.

 

@tonynew1501 Massive magnitude-7.6 earthquake struck Ishikawa, in central Japan #new #massive #magnitude #earthquake #struck #ishikawa #in #central #japan #2024 #news #update #fyp ♬ Nuclear Alarm Siren - Prestigigator

 

 

@sinar_my Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami peringkat tinggi selepas beberapa siri gempa bumi kuat menggegarkan kawasan barat negara itu pada Isnin, 1 January 2024. Siri gempa bumi melanda Ishikawa dan wilayah berdekatan, dengan satu gempa bumi bermagnitud 7.4, menurut Agensi Meteorologi Jepun. #SINARKongsi #Japan #Jepun #Tsunami #Earthquake #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #xyzbca #fypシ ♬ original sound - SINAR

 

Menurut seorang rakyat Malaysia yang berada di Jepun, Mohd Syairir Abd Malek, beliau berkata gegaran yang dirasainya semalam adalah hampir sama dengan gegaran yang berlaku pada Tsunami 2011.

 

@tonynew1501 Earthquake in Japan 2024: Tsunami strikes after 7.6 magnitude quake #new #earthquake #tsunami #strikes #after #magnitude #quake #in #japan #2024 #news #fyp ♬ original sound - TONY NEW

 

Terdahulu, gempa bumi dengan magnitud 7.6 yang melanda tengah Jepun telah mencetuskan amaran tsunami di sepanjang kawasan pantai barat Jepun dengan gelombang tsunami kecil sampai ke pantainya.

 

Sumber: Sinar Harian / Astro AWANI