Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan di seluruh negara pada esok, 19 November 2022.
Ketika semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan bersama-sama turun membuang undi, timbul persoalan bagi mereka yang positif wabak COVID-19 tentang cara untuk mereka mengundi bagi PRU15 ni.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), individu yang positif COVID-19 dibenarkan untuk membuang undi masing-masing, namun tiada laluan khas akan dibuat untuk mereka.
Keputusan itu dibuat selepas pelbagai perbincangan di peringkat KKM dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR mengenainya dibuat.
"Kita tidak dapat menyediakan lorong khas untuk pesakit positif COVID-19 selepas mengambil kira kekurangan sumber, ruang dan tenaga kerja.
"Keputusan itu juga selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 Safe Election seperti yang sudah diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah," katanya.
Berikut pula adalah garis panduan pembuangan undi bagi individu positif COVID-19 oleh KKM.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia