Tiada Lagi Suntikan Percuma PICKids Selepas 15 Mei

Bayaran akan dikenakan bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) tamat pada 15 Mei ini, menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

tiada lagi suntikan percuma pickids selepas 15 mei

“Selepas tarikh tersebut, vaksin yang diberikan adalah secara berbayar dan jenis vaksin yang diberikan ialah Sinovac,” kata Khairy.

Langkah tersebut diambil susulan permintaan rendah vaksinasi yang boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi.

Justeru, pemberian dos pertama di bawah PICKids hanya akan diberikan hingga 15 Mei ini dan tidak lagi ditawarkan selepas tarikh itu.

Khairy berkata pengambilan suntikan terbabit boleh dibuat di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) berbayar.

Jelas beliau program PICKids tidak dapat dipanjangkan kerana ia melibatkan tarikh luput vaksin, penghantaran daripada pengeluar selain terdapat usaha untuk memperoleh lebih banyak ubat antiviral.

Sementara itu, Khairy berkata penularan COVID-19 di negara ketika ini berada pada tahap terkawal dengan kadar positiviti antara lima hingga 10 peratus.

 

Sumber: [1]