Tiada Kematian Akibat Gangguan Elektrik Di Hospital Sultan Ismail, Johor

Baru-baru ini tular satu dakwaan kononnya terdapat banyak nyawa terkorban akibat daripada gangguan bekalan elektrik di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu.

tiada kematian akibat gangguan elektrik di hospital sultan ismail, johor

Dakwaan palsu itu nyata telah menyebabkan panik dalam kalangan pengguna media sosial, dan perkara sebenar mengenai insiden itu telah pun dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

 

Menurut JKNJ, pada 1 September 2021 jam 11.10 malam telah berlaku insiden gangguan bekalan elektrik kuasa normal di bangunan utama Hospital Sultan Ismail Johor Bahru tetapi bekalan kuasa essential masih berfungsi sepenuhnya melalui bekalan dari generator.

 

Tindakan awal pemeriksaan telah dijalankan oleh syarikat konsesi dan mendapati Air Circuit Breaker (ACB) dalam keadaan trip. Punca gangguan bekalan elektrik telah dikenalpasti dan kerja-kerja pembaikan telah dijalankan. Kerja-kerja penyambungan semula bekalan diteruskan sehingga jam 9.00 pagi. Tepat jam 9.30 pagi bekalan elektrik kuasa normal telah disambungkan semula untuk keseluruhan lokasi.

 

Tiada implikasi major kepada penjagaan perawatan pesakit yang berada di Jabatan Kecemasan, Covid Temporary Treatment Center (CTTC) dan Wad. Kebanyakan pesakit Covid kategori 3, 4 dan 5 menggunakan oxygen outlet di wad atau oxygen cylinder yang mana tidak melibatkan penggunaan elektrik. Untuk wad kritikal lain seperti ICU dan NICU, peralatan ventilator yang digunakan disambungkan terus ke plug essential.

 

Pihak pengurusan hospital juga telah memaklumkan tiada kematian yang disebabkan oleh insiden bekalan elektrik terputus ini.

Sumber: Facebook Rasmi JKNJ